SDL PROCOSMIC (M) SDN BHD

was first started in Malaysia. The company's concept and core business are in healthcare industry with our flagship product PRO NATURE ™
( The Eletrostatic Field Therapy Apparatus ) with the effectiveness of our products. We have created scores of contented customers. Therefore, at Cosmic Nature Healthcare, we understand your needs, taking care of you and your family's health.

SDL PROCOSMIC (M) SDN BHD

KUANTAN, PAHANG, Malaysia
Pro Nature merupakan mesin terapi medan elektrostatik yang pertama di Malaysia yang mampu menjalankan 2 terapi dalam 1 masa. Lebih murah, lebih kualiti, kualiti dijamin & sesuai untuk seisi keluarga. Untuk rawatan dan pencegahan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok, kolestrol, gout, sakit jantung, parkinson, asma, resdung, migrain, sakit kepala, sakit sendi, dan macam-macam lagi.

Friday 29 July 2011

Terfikirkah Anda?? (artikel SINAR Harian 18hb Jun 2011-Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 15:33

Pernahkah anda terfikir bahawa tidak selalunya anda akan sihat? Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa suatu hari nanti anda pasti akan jatuh sakit dan mempunyai penyakit? Di zaman yang serba canggih dan moden ini segalanya tiada yang mustahil.
            Apabila umur manusia semakin meningkat, perlahan-perlahan kita akan dipengaruhi oleh persekitaran yang akan menjejaskan tahap kesihatan kita. Taraf kehidupan yang semakin tinggi membuatkan kita tidak menghiraukan kesihatan sendiri untuk masa akan datang. Penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gout, stroke, kolesterol tinggi dan sebagainya semakin menular pada setiap masyarakat tidak kira sama ada yang muda atau tua jika tidak mengamalkan kehidupan yang sihat.
            Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Ramai juga yang tidak menyedari peranan pengambilan makanan yang berkhasiat, penjagaan kesihatan yang efektif, udara yang segar dan kawalan tekanan yang seimbang bagi memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik.
            Rawatan terapi yang menggunakan arus static amat terkenal di Jepun sejak berkurun lamanya. Berpuluh abad yang lalu, MD Toshiyuki seorang berbangsa Jepun, melihat Jurnal Perubatan German yang telah diterbitkan suatu masa dahulu dibawah kajian tentang medan voltan tinggi penyelidikan beliau menunjukkan hasil yang menakjubkan ke atas pesakit kronik yang menjadi sihat setelah menjalani rawatan selama beberapa bulan. Penyelidikan beliau juga ditambah dengan bukti-bukti dan laporan yang telah terbukti setelah beberapa dekad penggunaan medan elektrik voltan tinggi untuk pesakit kronik telah digunakan secara meluas di German dan ianya lebih dikenali sebagai “ Ion Elektrik Sihat ” .
            Produk Mesin terapi elektrostatik Pro Nature yang telah mendapat pengiktirafan dari TUV Jerman diperakui boleh mencegah dan merawat penyakit-penyakit kronik. Ia mampu melancar serta membersihkan kotoran yang telah melekat dan mendap pada saluran darah. Bukan itu sahaja, malah ia juga mampu menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan di dalam badan. Rawatan terapi Pro Nature menggunakan kaedah getaran arus static bagi membakar kolesterol serta memecahkan lemak yang tersumbat pada kapilari darah.          
            Pelbagai fungsi dari mesin terapi Pro Nature yang boleh anda guna untuk merawat atau mencegah penyakit anda seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy@Light Wave), rawatan bertungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading Prong atau dikenali sebagai Magic Pen boleh merawat sakit setempat.

Sihat Sebelum Sakit! Pro Nature sedia membantu ANDA! (artikel SINAR Harian 25hb Jun 2011-Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 15:39

            Seringkali kita terdengar ungkapan hikmah yang penuh dengan seribu makna pengertian, salah satunya adalah seperti “Sihat sebelum sakit”. Ia sama erti dengan ayat “mencegah lebih baik dari merawat”. Selagi kita masih sihat, beringat-ingatlah bahawa tidak selamanya kita akan sentiasa sihat. 'Sihat sebelum sakit', tidak semestinya kita yang muda tiada penyakit. Yang tua akan dapat sakit. Cegahlah sebelum terlambat. Rawatlah sebelum terlewat.
            Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat serta kurang senaman boleh menyebabkan hadirnya penyakit kronik seperti obesiti, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Tidak kira siapa anda, sama ada anda muda, tua orang kaya, orang miskin, pemimpin Negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap penyakit kronik yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negative seperti merokok.
            Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik adalah menyedari bahawa tubuh badan anda memerlukan penjagaan.  Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?
            Alat kesihatan mesin terapi elektrostatik Pro Nature adalah satu kaedah alternatif moden yang boleh membantu anda mencegah serta merawat penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gout, obesiti dan sebagainya. Rawatan yang menggunakan getaran arus statik ini boleh melancar serta membersihkan kotoran-kotoran yang telah mendap dan melekat di saluran darah. Ia juga boleh membakar, menyingkir serta membuang lemak dan kolesterol melalui tiga cara iaitu peluh, pembuangan air kecil atau pembuangan air besar.
            Pro Nature adalah satu-satunya produk yang memenuhi permintaan orang ramai kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih kecil, mudah alih dan harga mampu dimiliki. Kepelbagaian fungsi boleh digunakan seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy@ Light Wave), tungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading Prong atau Magic Pen yang mampu merawat sakit setempat. Terapi ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur sama ada kanak-kanak sehingga warga tua. Mesin terapi  ini juga telah mendapat pengiktirafan dari TUV Jerman dan mempunyai liabiliti insuran sebanyak RM1 Juta.

Sesal Kemudian Tidak Berguna (artikel SINAR Harian 17hb Jun 2011-Jumaat) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 15:17

Sesetengah orang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat stroke berbanding penyakit lain. Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang menghidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolesterol tinggi serta perokok merupakan golongan yang paling berisiko untuk mendapat stroke. Ia terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Jika salah satu salur darah tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.
            Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauh mana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa lemah anggota badan(sebelah kiri atau kanan badan), kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan dan pandangan mata yang beransur kabur. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap dan apabila bertutur semakin sukar difahami.
            Tiada apa yang lebih menggembirakan kepada para pesakit kronik seperti stroke apabila mempunyai harapan untuk sembuh sekiranya mendapat tahu tentang penemuan baru untuk menyembuhkan penyakit yang dideritai.
            Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Itulah kata pepatah zaman dahulu yang boleh kita gunakan untuk peringatan. Di zaman yang serba moden ini terdapat pelbagai peralatan kesihatan yang mampu merawat dan mencegah penyakit-penyakit kronik. Mesin terapi medan elektrostatik Pro Nature dari Syarikat SDL Procosmic (M) Sdn Bhd adalah rawatan masa kini yang mampu melancar serta membersihkan saluran darah yang tersumbat, menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan. Pelbagai faktor-faktor seperti pemakanan yang tidak teratur, tekanan di tempat kerja atau dirumah, pencemaran udara dan kurangnya bersenam juga boleh menyebabkan darah menjadi kotor, pekat dan berasid.
            Dengan adanya kepelbagaian fungsi yang boleh digunakan seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy@ Light Wave Energy), tungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading Prong atau Magic Pen boleh merawat sakit setempat yang berkaitan dengan saraf. Pro Nature adalah produk yang telah diiktiraf oleh Badan Antarabangsa dan mempunyai liabiliti insuran sebanyak RM1 Juta.

Pro Nature - Gaya Hidup Sihat (artikel SINAR Harian 12hb Jun 2011-Ahad) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 15:12

Cara terbaik untuk mencegah penyakit kronik adalah melalui perubahan gaya hidup khususnya menggabungkan diet dengan senaman. Sebagai contohnya, pengkaji diabetes dan para pakar selalui mengesyorkan perubahan gaya hidup sebagai senjata utama melawan diabetes.
            Pelbagai kajian menunjukkan kemungkinan seseorang menghidap diabetes adalah sangat rendah jika mereka bersenam dan mengamalkan diet yang sihat. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes jika mereka berjaya mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 4.5kg. Satu perubahan yang bukanlah besar atau mendadak tetapi ini adalah sesuatu yang bermakna bagi setiap individu memandangkan ianya dapat mengawal penyakit yang sangat berbahaya.
            Pelbagai produk dan kaedah yang boleh dilakukan untuk merawat dan mencegah penyakit dan salah satunya adalah menggunakan rawatan terapi. Mesin terapi medan elektrostatik Pro Nature dapat membantu mengurangkan risiko berat badan dan mencegah segala pemakanan yang tidak terkawal dan kurangnya bersenam dan mencegah serta mengawal segala penyakit kronik seperti kencing manis, sakit jantung, obesiti, gout, darah tinggi dan sebagainya.
            Pro Nature adalah sebuah mesin terapi yang diiktiraf oleh Badan Antarabangsa dan TUV Jerman dan penggunanya dilindungi liabiliti insuran sebanyak RM 1 Juta. Pro Nature mempunyai pelbagai fungsi seperti rawatan terapi medan elektrik (Elektrical Potential), rawatan gelombang ringan(Optical Therapy@Light Wave Energy), rawatan bertungku secara moden (Heat Therapy) dan rawatan menggunakan leading prong atau lebih dikenali sebagai magic pen yang mampu merawat sakit setempat.
            Luangkan sedikit masa selama 30 minit setiap hari untuk melakukan rawatan terapi medan elektrostatik Pro Nature kerana setiap penggunaannya ibarat 3 jam kita bersenam aerobik. Fungsi utama Pro Nature adalah untuk melancar dan membersihkan saluran darah yang tersumbat. Apabila salur darah yang tersumbat dibersihkan, sudah tentu saluran darah tidak lagi menyempit kerana kotoran dan plak-plak kolesterol, toksik dan bendasing yang menempel di salur darah tadi telah dinyahkan. Ia juga membakar lemak-lemak dan membakar kolesterol di dalam badan dan dapat mengurangkan berat badan kita yang berlebihan.

Penyakit Kronik Bukan Sahaja Membunuh Anda.. (artikel SINAR Harian 8hb Julai 2011-Jumaat) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 16:03

Adakah anda tahu bahawa penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung adalah empat penyakit yang saling berkait rapat antara satu sama lain? Kebiasaannya, jika seseorang mempunyai kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit yang lain, terutamanya jika gagal mengawal paras gula dan tekanan darah.
            Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakkan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakkannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang.
            Rawatan moden masa kini yang menggunakan mesin terapi medan elektrostatik Pro Nature mampu mencegah serta merawat penyakit-penyakit kronik anda seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan arus static 9000 voltan dengan skala 60 getaran persaat mampu membersihkan kotoran yang telah mendap dan tersekat di saluran darah anda. Ia juga mampu mencairkan darah yang pekat, menukarkan pH darah dari berasid kepada beralkali, membakar lemak serta membuang kolesterol yang telah menyekat perjalanan darah untuk sampai ke jantung dan melancar peredaran darah anda dengan lebih mudah.
            Penggunaan mesin terapi Pro Nature boleh digunakan oleh setiap golongan masyarakat tanpa mengira bangsa dan umur. Kualiti yang dijamin dengan produk yang telah mendapat pengiktirafan dari TUV Jerman dan mempunyai liabiliti insuran sebanyak RM 1 Juta. Selain daripada itu, Pro Nature mempunyai pelbagai fungsi seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy@Light Wave), rawatan bertungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading Prong atau Magic Pen yang boleh merawat sakit setempat. Mesin terapi ini mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan saiz yang mudah dibawa kemana-mana dan mempunyai harga terendah berbanding dengan produk-produk lain yang terdapat di pasaran.

Mesin Terapi Pro Nature Dapat Sambutan (artikel SINAR Harian 28 Mei 2011- Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 12:35

Pembukaan cawangan pusat terapi Cosmic Healthcare di bahagian Terengganu iaitu di Kemaman 1 (Geliga Besar), Kemaman 2 (Mukim Chukai) dan Paka yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumiputra iaitu SDL Procosmic (M) Sdn Bhd telah mendapat sambutan hangat oleh penduduk sekitarnya yang hadir ke pusat terapi yang berdekatan.
Cawangan-cawanagn tersebut telah dibuka sekitar bulan April 2011 bagi merealisasikan impian 2 pengarah muda iaitu Mat rosli Mat Zain dan juga sahabat baiknya Mohd Nahsamziha Bin Mat Ghani untuk menjadi peneraju utama pasaran alat kesihatan mesin terapi elektrostatik Pro Nature dibahagian Pantai Timur. "Walaupun di Malaysia sahaja terapat banyak syarikat yang menjual mesin terapi elektrostatik, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuik bersaing secara sihat", kata pengarah SDL Mat Rosli. Selain daripada itu,syarikat SDL juga mempunyai 2 cawangan di Kuantan iaitu di Sg Isap, Taman Impian,, manakala 1 cawangan di Lembah Klang iaitu di Ampang. SDL mensasarkan untuk membuka 15 cawangan lagi di seluruh Pantai Timur pada tahun ini.
Mohd Nahsamziha pula berkata, "bagi sesiapa yang ingin mencuba mesin terapi elektrostatik secara percuma boleh mengunjungi mana-mana cawangan yang berdekatan tempat anda untuk merasai keberkesanannya dan tiada paksaan untuk membeli. Pusat Terapi dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat seawal 8.30 pagi hingga 6.30 petang. di Centre Kemaman contohnya, hampir 600 orang datang setiap hari menjalani terapi malah mereka sanggup menunggu kerana sedar akan manfaatnya.
Menurut Mat Rosli, "permintaan tinggi pelanggan untuk memiliki mesin terapi Pro Nature amat memberangsangkan dan mendapat sambutan pada setiap bulan. Pro Nature mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan harga yang amat berpatutan  dan sangat berbaloi untuk kegunaan seisi kelurga.
Banyak kelebihan yang boleh didapati dari mesin terapi elektrostatik Pro Nature dimana ianya mampu melancar dan menyingkirkan lemak pada kapilari darah. Terapi ini juga sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur dengan selamat dan tanpa ragu-ragu kerana ia dilindungi liabiliti insuran sebanyak RM 1 Juta",kata Mohd Nahsamziha yang berpengalaman hampir 5 tahun dalam bidang terapi elektrostatik .

Adakah Jantung Anda Sihat? (artikel SINAR Harian 26hb Jun 2011-Ahad) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 15:45

Saban hari kita diingatkan bahawa penjagaan kesihatan, pemakanan yang teratur, kehidupan yang ceria tanpa tekanan dan menikmati udara segar adalah salah satu cara untuk memastikan jantung anda lebih sihat serta kuat. Dianggarkan setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati berikutan masalah jantung.  Gaya hidup tidak sihat termasuk corak pemakanan yang tinggi kolesterol dan kurangnya bersenam adalah penyebab utama selain daripada faktor salasilah keluarga yang mempunyai penyakit jantung.
            Seperti yang kita ketahui bahawa penyakit jantung adalah pembunuh utama penduduk negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurangan sejak dua dekad lalu. Kematian disebabkan penyakit jantung adalah lebih tinggi berbanding kanser. Jantung adalah organ terpenting dan sentiasa bekerja keras sepanjang masa bagi mengepam darah untuk disalurkan keseluruh tubuh badan malah jika fungsinya terganggu, keseluruhan sistem badan akan turut terjejas. Perlu diingat! Serangan jantung tidak mengenal usia sama ada yang muda atau yang tua.
            Terdapat alat kesihatan pada masa kini yang mampu merawat dan mencegah penyakit-penyakit kronik dari hujung rambut hingga hujung kaki iaitu mesin terapi medan elektrostatik Pro Nature dari syarikat SDL Procosmic (M) Sdn Bhd. Mesin terapi Pro Nature mampu melancar, menyingkirkan, membersihkan kotoran serta kolesterol yang telah melekat dan mendap pada saluran darah yang boleh mengganggu perjalanan darah sampai ke jantung. Dengan menggunakan getaran arus statik berskala 60 gegaran sesaat, ia mampu menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal dan membuang sel-sel yang sudah mati melalui tiga cara yang berbeza sama ada peluh, pembuangan air kecil atau air besar.
            Selain daripada itu, mesin terapi medan elektrostatik Pro Nature ini telah mendapat pengiktirafan dari TUV Jerman mempunyai kepelbagaian fungsi yang boleh kita gunakan seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy), rawatan bertungku secara moden (Heat Therapy) dan juga Leading Prong atau Magic Pen yang mampu merawat sakit setempat serta mengurangkan kesakitan pada bahagian tubuh badan.  

Keluarga Sihat, Pro Nature Hebat! (artikel SINAR Harian 29 Mei 2011-Ahad) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 13:47

Cosmic Healthcare Centre milik syarikat SDL Procosmic (M) Sdn Bhd telah dikunjungi hampir 600 orang dalam masa sehari. Ia memberikan impak yang positif bagi dua pengarah muda iaitu Mat Rosli Mat Zin dan Mohd Nahsamziha Mat Ghani. “ Sambutan dari orang ramai amat menggalakkan dan kami amat hargai dan bersyukur kerana orang ramai telah sedar dan buka mata tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan mereka sendiri telah merasai perubahan pada diri mereka,” kata Mat Rosli.
            Bagi Mohd Nahsamziha pula, ”Mesin terapi Pro Nature mampu memberi perubahan yang positif  dalam diri setiap individu dimana ramai testimoni yang telah berjaya merasai keberkesanannya  dalam diri masing-masing. Tidak kira sama ada yang muda atau warga emas boleh mencubanya tanpa was-was kerana mencegah itu lebih baik daripada merawat dan ramai lagi yang masih tidak sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan kerana penyakit sebenarnya berpunca dari faktor pemakanan yang tidak terkawal,pencemaran udara,stress bekerja dan kurangya senaman,” kata beliau.
            Perubahan positif telah dirasai sendiri oleh salah satu testimoni yang telah menggunakan Pro Nature iaitu En Azman(39 tahun) yang mempunyai masalah batu karang selama 6 tahun, “setelah mencuba dan merasai sendiri Pro Nature, perubahan dalam kesihatan saya kini telah kembali bertenaga dan lebih sihat,” katanya.
            Menurut adik Amirul (15 tahun) pula,”sejak kecil lagi saya mempunyai sakit asma dan hanya bergantung pada inhaler dan ubatan untuk mengawal penyakit asma saya. Di sekolah, saya kurang aktif bersukan dan banyak aktiviti saya terhad. Sejak menggunakan Pro Nature, saya kini kembali aktif dan boleh melakukan pelbagai aktiviti di sekolah tanpa mengira waktu,”katanya. Keberkesanan mesin terapi Pro Nature boleh dirasai oleh sesiapa sahaja yang telah mencubanya.
            Kesihatan tubuh badan menjadikan kehidupan yang lebih ceria. Itulah kehebatan dan keberkesanan Pro Nature yang telah dirasai ramai pelanggan yang membuat rawatan terapi Pro Nature dan ramai yang telah memiliki mesin terapi tersebut di rumah masing-masing kerana syarikat SDL Procosmic (M) Sdn Bhd menawarkan harga Pro Nature yang amat berpatutan dan tidak membebankan pelanggan serta sangat berbaloi untuk kegunaan seisi keluarga. Kelebihan yang ada pada mesin terapi Pro Nature yang mampu melancar dan menyingkirkan lemak dalam kapilari darah,  menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal serta meningkatkan daya tahan badan. 

Kehadiran Orang Ramai Ke Cosmic Healthcare Centre Menimbulkan Tanda Tanya (artikel SINAR Harian 4hb Jun 2011-Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 14:18

Kehadiran orang ramai berpusu-pusu ke Cosmic Healthcare Centre di beberapa cawangan yang terletak di Kuantan,Pahang dan Terengganu milik Syarikat SDL Procosmic (M) Sdn Bhd untuk mendapatkan rawatan terapi secara percuma bagi merasai keberkesanan mesin terapi elektrostatik Pro Nature yang mampu merawat pelbagai penyakit kronik. Pusat Terapi Cosmic Healthcare di Mukim Chukai, Geliga Besar dan Paka, Kemaman, TerengganuW amat memberangsangkan dengan kehadiran hampir 2,000 orang bagi mendapatkan sesi rawatan terapi secara percuma.
            Orang ramai yang hadir telah menyedari dan sedar betapa pentingnya penjagaan kesihatan bagi setiap individu tidak mahu melepaskan peluang dan sanggup menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan terapi elektrostatik Pro Nature secara percuma di cawangan-cawangan yang berhampiran di Lembah Klang, Kuantan mahupun di Terengganu.
            Kehebatan dan keberkesanan Pro Nature telah dirasai bagi setiap individu yang telah datang mencuba sendiri bagaimana rawatan terapi elektrostatik Pro Nature mampu mencegah dan merawat setiap penyakit kronik yang ada pada masakini. Pro Nature adalah sebuah mesin terapi pertama di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan Badan Antarabangsa dan boleh menjalankan dua terapi yang berbeza dalam satu waktu yang sama. Ia juga boleh digunakan oleh setiap peringkat umur tanpa was-was kerana ia mempunyai jaminan yang dilindungi liabiliti insurans sebanyak RM1 juta.
            Selain daripada itu, Pro Nature juga mempunyai pelbagai fungsi dan kelebihan dalam satu mesin seperti rawatan terapi medan elektrik (Electric Potential), tenaga gelombang ringan ( Optical Therapy@ Light wave), bertungku secara  moden ( Heat Therapy). dan Leading Prong atau dikenali sebagai Magic Pen  yang boleh digunakan pada bahagian tubuh badan yang bermasalah.
            Bagi dua pengarah muda iaitu Mat Rosli Mat Zin dan Mohd Nahsamziha Mat Ghani, mereka telah mensasarkan untuk membuka sehingga 15 cawangan pada tahun ini. Menurut mereka, cawangan pusat terapi di Pekan,Pahang akan mula beroperasi pada Rabu (8 Jun 2011) dan  dua cawangan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Jeli akan dibuka tidak lama lagi. Ini menjadikan SDL peneraju utama mesin terapi elektrostatik di bahagian Pantai Timur.
            Syarikat SDL Procosmic (M) Sdn Bhd juga sentiasa mengorak langkah dengan lebih jauh melalui cara mempromosikan mesin terapi medan elektrostatik Pro Nature dengan menggunakan pelbagai media elektronik seperti pengiklanan di akhbar SINAR Harian pada setiap hujung minggu,pengiklanan melalui radio THR.fm, laman sesawang rasmi www.cosmic2u.com dan juga facebook fanpage SDL Procosmic (M) Sdn Bhd.

Hindari Gout, Dekati Pro Nature!! (artikel 9hb Julai 2011-Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 16:12

Pernahkah salah satu dari anggota badan anda seperti kaki, buku lali, lutut, tangan, pergelangan tangan atau kaki anda tiba-tiba menjadi bengkak, merah,  panas dan amat sakit sehingga tidak boleh berjalan? Malah, kesakitan ini pernah berlanjutan hingga beberapa hari dan hanya akan hilang dengan pengambilan ubat? Jika Ya, anda adalah salah seorang pesakit yang mengalami GOUT.
Umumnya, gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dahulu dan dikatakan antara penyakit yang tertua. Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakkan bermula selepas umur putus haid (menapous). Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu perkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout.
Gout terjadi akibat asid uric iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin atau protein berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutamanya pada kaki dan ia menyebabkan rasa sakit. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Produk perubatan yang telah mendapat pengiktirafan dari TUV Jerman iaitu mesin terapi medan elektrostatik Pro Nature dari syarikat SDL Procosmic (M) Sdn Bhd dikeluarkan bagi membantu masalah penyakit-penyakit kronik yang kini semakin menular di kalangan masyarakat sekarang. Pro Nature mampu mencegah serta merawat penyakit kronik dengan cara membersihkan kotoran yang telah mendap di saluran darah, menyelaraskan sistem yang tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan di dalam badan.
Ramai testimoni kami telah mendapatkan hasil yang terbaik setelah menggunakan mesin terapi Pro Nature. Anda bila lagi?? 

Berduit tapi Sakit (artikel SINAR Harian 10hb Jun 2011-Jumaat) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 14:25

Jika kita mempunyai banyak duit, tapi berpenyakit ia seolah-olah tidak memberi apa-apa makna langsung dalam sebuah kehidupan. Kehidupan yang sihat akan menjadikan kita lebih ceria untuk menikmati masa-masa yang akan datang. Pada zaman yang semakin canggih, manusia alpa dan mengabaikan tanggungjawab terhadap kesihatan sendiri sehinggalah penyakit datang menyerang.
Mengejar wang  pada zaman sekarang  menyebabkan kita tiada masa langsung untuk menjaga kesihatan diri, memakan makanan yang berkolesterol dan berkarbonat. Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan menikmati makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gout dan sebagainya.
Kesihatan yang optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.
            Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi yang seimbang, iaitu empat perkara penting – pemakanan yang seimbang, senaman mengikut waktu, rehat yang secukupnya dan menghirup udara yang segar.
             Pro Nature adalah sebuah alat kesihatan masa kini yang dapat membantu masyarakat untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit kronik. Mesin terapi medan elektrostatik keluaran SDL Procosmic (M) Sdn Bhd  yang telah diperakui sijil-sijilnya serta diikitiraf oleh Badan Antarabangsa. Mesin terapi  Pro Nature mempunyai kelebihannya tersendiri di mana ia dapat menjalankan dua terapi berbeza dalam masa yang sama.
             Pelbagai fungsi boleh digunakan seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), tenaga gelombang ringan (Optical Therapy@ Light Wave) dan  kaedah bertungku secara moden (Heat Therapy).  Dengan mempunyai skala 60 getaran statik per saat, ia mampu melancar serta membuang segala kotoran yang telah mendap dan melekat pada dinding kapilari darah, membersihkan salur darah yang kotor, mengurangkan asid di dalam darah, meningkatkan daya tahan badan serta menyelaraskan dan merangsang sistem saraf yang tidak terkawal.
            Tidak memerlukan masa yang lama untuk menjadikan badan kita sihat, hanya dengan 30 minit terapi setiap hari menggunakan mesin terapi elektrostatik Pro Nature, ia ibarat seperti 3 jam kita melakukan senam aerobik sudah cukup untuk memecah lemak dan membakar kolesterol di dalam badan  serta dapat mencegah dan merawat segala penyakit yang telah kita hidapi.

Anda STRESS?? Pro Nature Jawapannya.. (artikel SINAR Harian 11hb Jun 2011-Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 14:31

Stress sangat sinonim pada masa kini. Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas tubuh badan kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Malah, ia mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa. Keadaan atau masa yang menimbulkan stres sering berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.
            Kegagalan menangani stress juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari sebarang penyakit. Namun begitu, stress boleh melemahkan sistem imun di dalam badan. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.
            Sebagai sebuah masyarakat yang positif, kita perlulah bijak menangani stress yang semakin menular pada  masa kini. Malah, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi stress. Salah satu cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu ialah dengan menggunakan rawatan terapi medan elektrostatik iaitu kaedah getaran elektrostatik.
            Pro Nature adalah salah satu produk yang berkesan untuk melakukan rawatan terapi. Pro Nature adalah sebuah alat kesihatan yang telah diiktiraf oleh Badan Antarabangsa dan diperakui sijil-sijilnya. Kelebihannya yang dapat menjalankan dua terapi berbeza dalam satu waktu yang sama dan tidak terdapat pada mesin terapi yang lain. Selain daripada itu, Pro Nature mampu membuang segala kotoran di dalam kapilari darah, menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan.
            Badan kita perlukan rehat secukupnya selepas penat bekerja seharian. Tidur di dalam keadaan yang terlalu penat akan membuatkan kita bangun keesokkan paginya, badan akan menjadi letih, lesu dan tidak bermaya. Dengan hanya rawatan terapi menggunakan Pro Nature selama 20 minit sebelum tidur setiap hari, badan yang letih dan urat saraf yang tegang akan menjadi lebih tenang, selaras dan cergas apabila kita bangun tidur di waktu pagi. Ia membantu meningkatkan daya ketahanan badan dan membantu meningkatkan imun di dalam badan.
            Mesin terapi Pro Nature boleh digunakan oleh pelbagai golongan sama ada kanak-kanak kecil sehingga warga emas. Mempunyai fungsi-fungsinya tersendiri yang boleh digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit kronik seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), tenaga gelombang ringan (Optical Therapy@ Light Wave Energy), bertungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading prong atau lebih dikenali sebagai magic pen yang boleh digunakan untuk merawat sakit setempat yang berkaitan dengan saraf.

Sihat Sebelum Sakit! Pro Nature sedia membantu ANDA! (artikel SINAR Harian 25hb Jun 2011-Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 15:39

            Seringkali kita terdengar ungkapan hikmah yang penuh dengan seribu makna pengertian, salah satunya adalah seperti “Sihat sebelum sakit”. Ia sama erti dengan ayat “mencegah lebih baik dari merawat”. Selagi kita masih sihat, beringat-ingatlah bahawa tidak selamanya kita akan sentiasa sihat. 'Sihat sebelum sakit', tidak semestinya kita yang muda tiada penyakit. Yang tua akan dapat sakit. Cegahlah sebelum terlambat. Rawatlah sebelum terlewat.
            Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat serta kurang senaman boleh menyebabkan hadirnya penyakit kronik seperti obesiti, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Tidak kira siapa anda, sama ada anda muda, tua orang kaya, orang miskin, pemimpin Negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap penyakit kronik yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negative seperti merokok.
            Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik adalah menyedari bahawa tubuh badan anda memerlukan penjagaan.  Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?
            Alat kesihatan mesin terapi elektrostatik Pro Nature adalah satu kaedah alternatif moden yang boleh membantu anda mencegah serta merawat penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gout, obesiti dan sebagainya. Rawatan yang menggunakan getaran arus statik ini boleh melancar serta membersihkan kotoran-kotoran yang telah mendap dan melekat di saluran darah. Ia juga boleh membakar, menyingkir serta membuang lemak dan kolesterol melalui tiga cara iaitu peluh, pembuangan air kecil atau pembuangan air besar.
            Pro Nature adalah satu-satunya produk yang memenuhi permintaan orang ramai kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih kecil, mudah alih dan harga mampu dimiliki. Kepelbagaian fungsi boleh digunakan seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy@ Light Wave), tungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading Prong atau Magic Pen yang mampu merawat sakit setempat. Terapi ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur sama ada kanak-kanak sehingga warga tua. Mesin terapi  ini juga telah mendapat pengiktirafan dari TUV Jerman dan mempunyai liabiliti insuran sebanyak RM1 Juta.