Pembukaan cawangan pusat terapi Cosmic Healthcare di bahagian Terengganu iaitu di Kemaman 1 (Geliga Besar), Kemaman 2 (Mukim Chukai) dan Paka yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumiputra iaitu SDL Procosmic (M) Sdn Bhd telah mendapat sambutan hangat oleh penduduk sekitarnya yang hadir ke pusat terapi yang berdekatan.
Cawangan-cawanagn tersebut telah dibuka sekitar bulan April 2011 bagi merealisasikan impian 2 pengarah muda iaitu Mat rosli Mat Zain dan juga sahabat baiknya Mohd Nahsamziha Bin Mat Ghani untuk menjadi peneraju utama pasaran alat kesihatan mesin terapi elektrostatik Pro Nature dibahagian Pantai Timur. "Walaupun di Malaysia sahaja terapat banyak syarikat yang menjual mesin terapi elektrostatik, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuik bersaing secara sihat", kata pengarah SDL Mat Rosli. Selain daripada itu,syarikat SDL juga mempunyai 2 cawangan di Kuantan iaitu di Sg Isap, Taman Impian,, manakala 1 cawangan di Lembah Klang iaitu di Ampang. SDL mensasarkan untuk membuka 15 cawangan lagi di seluruh Pantai Timur pada tahun ini.
Mohd Nahsamziha pula berkata, "bagi sesiapa yang ingin mencuba mesin terapi elektrostatik secara percuma boleh mengunjungi mana-mana cawangan yang berdekatan tempat anda untuk merasai keberkesanannya dan tiada paksaan untuk membeli. Pusat Terapi dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat seawal 8.30 pagi hingga 6.30 petang. di Centre Kemaman contohnya, hampir 600 orang datang setiap hari menjalani terapi malah mereka sanggup menunggu kerana sedar akan manfaatnya.
Menurut Mat Rosli, "permintaan tinggi pelanggan untuk memiliki mesin terapi Pro Nature amat memberangsangkan dan mendapat sambutan pada setiap bulan. Pro Nature mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja dengan harga yang amat berpatutan dan sangat berbaloi untuk kegunaan seisi kelurga.
Banyak kelebihan yang boleh didapati dari mesin terapi elektrostatik Pro Nature dimana ianya mampu melancar dan menyingkirkan lemak pada kapilari darah. Terapi ini juga sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur dengan selamat dan tanpa ragu-ragu kerana ia dilindungi liabiliti insuran sebanyak RM 1 Juta",kata Mohd Nahsamziha yang berpengalaman hampir 5 tahun dalam bidang terapi elektrostatik .
No comments:
Post a Comment