SDL PROCOSMIC (M) SDN BHD

was first started in Malaysia. The company's concept and core business are in healthcare industry with our flagship product PRO NATURE ™
( The Eletrostatic Field Therapy Apparatus ) with the effectiveness of our products. We have created scores of contented customers. Therefore, at Cosmic Nature Healthcare, we understand your needs, taking care of you and your family's health.

SDL PROCOSMIC (M) SDN BHD

KUANTAN, PAHANG, Malaysia
Pro Nature merupakan mesin terapi medan elektrostatik yang pertama di Malaysia yang mampu menjalankan 2 terapi dalam 1 masa. Lebih murah, lebih kualiti, kualiti dijamin & sesuai untuk seisi keluarga. Untuk rawatan dan pencegahan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok, kolestrol, gout, sakit jantung, parkinson, asma, resdung, migrain, sakit kepala, sakit sendi, dan macam-macam lagi.

Friday 29 July 2011

Berduit tapi Sakit (artikel SINAR Harian 10hb Jun 2011-Jumaat) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 14:25

Jika kita mempunyai banyak duit, tapi berpenyakit ia seolah-olah tidak memberi apa-apa makna langsung dalam sebuah kehidupan. Kehidupan yang sihat akan menjadikan kita lebih ceria untuk menikmati masa-masa yang akan datang. Pada zaman yang semakin canggih, manusia alpa dan mengabaikan tanggungjawab terhadap kesihatan sendiri sehinggalah penyakit datang menyerang.
Mengejar wang  pada zaman sekarang  menyebabkan kita tiada masa langsung untuk menjaga kesihatan diri, memakan makanan yang berkolesterol dan berkarbonat. Penampilan kita adalah hasil daripada apa yang kita makan. Disebabkan kegilaan rentak kehidupan moden, kita jarang dapat duduk bersama keluarga dan menikmati makanan yang berkhasiat. Pemakanan yang teruk bukan sahaja menyebabkan rasa letih dan tidak bermaya tetapi menjadikan anda berisiko menghidap pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, gout dan sebagainya.
Kesihatan yang optimum bermakna menjalani kehidupan dengan vitaliti yang kuat, bebas gejala yang menyukarkan dan penyakit kronik. Ini harus menjadi matlamat utama setiap orang untuk menikmati kesihatan fizikal, mental, emosi dan rohani. Pendek kata, kesihatan optimum bermakna mencapai kemungkinan menjadikan diri yang terbaik dan untuk mencapai potensi anda yang sepenuhnya.
            Ia adalah keadaan yang memberi kesan kepada kesejahteraan keseluruhan diri dan untuk mencapainya, anda memerlukan suatu strategi yang seimbang, iaitu empat perkara penting – pemakanan yang seimbang, senaman mengikut waktu, rehat yang secukupnya dan menghirup udara yang segar.
             Pro Nature adalah sebuah alat kesihatan masa kini yang dapat membantu masyarakat untuk mencegah dan merawat pelbagai penyakit kronik. Mesin terapi medan elektrostatik keluaran SDL Procosmic (M) Sdn Bhd  yang telah diperakui sijil-sijilnya serta diikitiraf oleh Badan Antarabangsa. Mesin terapi  Pro Nature mempunyai kelebihannya tersendiri di mana ia dapat menjalankan dua terapi berbeza dalam masa yang sama.
             Pelbagai fungsi boleh digunakan seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), tenaga gelombang ringan (Optical Therapy@ Light Wave) dan  kaedah bertungku secara moden (Heat Therapy).  Dengan mempunyai skala 60 getaran statik per saat, ia mampu melancar serta membuang segala kotoran yang telah mendap dan melekat pada dinding kapilari darah, membersihkan salur darah yang kotor, mengurangkan asid di dalam darah, meningkatkan daya tahan badan serta menyelaraskan dan merangsang sistem saraf yang tidak terkawal.
            Tidak memerlukan masa yang lama untuk menjadikan badan kita sihat, hanya dengan 30 minit terapi setiap hari menggunakan mesin terapi elektrostatik Pro Nature, ia ibarat seperti 3 jam kita melakukan senam aerobik sudah cukup untuk memecah lemak dan membakar kolesterol di dalam badan  serta dapat mencegah dan merawat segala penyakit yang telah kita hidapi.

No comments:

Post a Comment