SDL PROCOSMIC (M) SDN BHD

was first started in Malaysia. The company's concept and core business are in healthcare industry with our flagship product PRO NATURE ™
( The Eletrostatic Field Therapy Apparatus ) with the effectiveness of our products. We have created scores of contented customers. Therefore, at Cosmic Nature Healthcare, we understand your needs, taking care of you and your family's health.

SDL PROCOSMIC (M) SDN BHD

KUANTAN, PAHANG, Malaysia
Pro Nature merupakan mesin terapi medan elektrostatik yang pertama di Malaysia yang mampu menjalankan 2 terapi dalam 1 masa. Lebih murah, lebih kualiti, kualiti dijamin & sesuai untuk seisi keluarga. Untuk rawatan dan pencegahan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok, kolestrol, gout, sakit jantung, parkinson, asma, resdung, migrain, sakit kepala, sakit sendi, dan macam-macam lagi.

Friday 29 July 2011

Sihat Sebelum Sakit! Pro Nature sedia membantu ANDA! (artikel SINAR Harian 25hb Jun 2011-Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 15:39

            Seringkali kita terdengar ungkapan hikmah yang penuh dengan seribu makna pengertian, salah satunya adalah seperti “Sihat sebelum sakit”. Ia sama erti dengan ayat “mencegah lebih baik dari merawat”. Selagi kita masih sihat, beringat-ingatlah bahawa tidak selamanya kita akan sentiasa sihat. 'Sihat sebelum sakit', tidak semestinya kita yang muda tiada penyakit. Yang tua akan dapat sakit. Cegahlah sebelum terlambat. Rawatlah sebelum terlewat.
            Kita semua tahu makan berlebihan, gaya hidup tidak sihat serta kurang senaman boleh menyebabkan hadirnya penyakit kronik seperti obesiti, sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Tidak kira siapa anda, sama ada anda muda, tua orang kaya, orang miskin, pemimpin Negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap penyakit kronik yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negative seperti merokok.
            Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik adalah menyedari bahawa tubuh badan anda memerlukan penjagaan.  Perkara kedua ialah mendapatkan maklumat. Adalah sukar untuk menjaga tubuh anda sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana anda boleh melawan musuh sekiranya anda tidak memahami kenapa dan bagaimana ia bertindak?
            Alat kesihatan mesin terapi elektrostatik Pro Nature adalah satu kaedah alternatif moden yang boleh membantu anda mencegah serta merawat penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, gout, obesiti dan sebagainya. Rawatan yang menggunakan getaran arus statik ini boleh melancar serta membersihkan kotoran-kotoran yang telah mendap dan melekat di saluran darah. Ia juga boleh membakar, menyingkir serta membuang lemak dan kolesterol melalui tiga cara iaitu peluh, pembuangan air kecil atau pembuangan air besar.
            Pro Nature adalah satu-satunya produk yang memenuhi permintaan orang ramai kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih kecil, mudah alih dan harga mampu dimiliki. Kepelbagaian fungsi boleh digunakan seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), rawatan gelombang ringan (Optical Therapy@ Light Wave), tungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading Prong atau Magic Pen yang mampu merawat sakit setempat. Terapi ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur sama ada kanak-kanak sehingga warga tua. Mesin terapi  ini juga telah mendapat pengiktirafan dari TUV Jerman dan mempunyai liabiliti insuran sebanyak RM1 Juta.

No comments:

Post a Comment