SDL PROCOSMIC (M) SDN BHD

was first started in Malaysia. The company's concept and core business are in healthcare industry with our flagship product PRO NATURE ™
( The Eletrostatic Field Therapy Apparatus ) with the effectiveness of our products. We have created scores of contented customers. Therefore, at Cosmic Nature Healthcare, we understand your needs, taking care of you and your family's health.

SDL PROCOSMIC (M) SDN BHD

KUANTAN, PAHANG, Malaysia
Pro Nature merupakan mesin terapi medan elektrostatik yang pertama di Malaysia yang mampu menjalankan 2 terapi dalam 1 masa. Lebih murah, lebih kualiti, kualiti dijamin & sesuai untuk seisi keluarga. Untuk rawatan dan pencegahan penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, strok, kolestrol, gout, sakit jantung, parkinson, asma, resdung, migrain, sakit kepala, sakit sendi, dan macam-macam lagi.

Friday 29 July 2011

Anda STRESS?? Pro Nature Jawapannya.. (artikel SINAR Harian 11hb Jun 2011-Sabtu) by Pro Nature - SDL Procosmic (M) Sdn Bhd on Monday, 11 July 2011 at 14:31

Stress sangat sinonim pada masa kini. Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas tubuh badan kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Malah, ia mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa. Keadaan atau masa yang menimbulkan stres sering berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.
            Kegagalan menangani stress juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari sebarang penyakit. Namun begitu, stress boleh melemahkan sistem imun di dalam badan. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.
            Sebagai sebuah masyarakat yang positif, kita perlulah bijak menangani stress yang semakin menular pada  masa kini. Malah, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi stress. Salah satu cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu ialah dengan menggunakan rawatan terapi medan elektrostatik iaitu kaedah getaran elektrostatik.
            Pro Nature adalah salah satu produk yang berkesan untuk melakukan rawatan terapi. Pro Nature adalah sebuah alat kesihatan yang telah diiktiraf oleh Badan Antarabangsa dan diperakui sijil-sijilnya. Kelebihannya yang dapat menjalankan dua terapi berbeza dalam satu waktu yang sama dan tidak terdapat pada mesin terapi yang lain. Selain daripada itu, Pro Nature mampu membuang segala kotoran di dalam kapilari darah, menyelaraskan sistem saraf yang tidak terkawal dan meningkatkan daya ketahanan badan.
            Badan kita perlukan rehat secukupnya selepas penat bekerja seharian. Tidur di dalam keadaan yang terlalu penat akan membuatkan kita bangun keesokkan paginya, badan akan menjadi letih, lesu dan tidak bermaya. Dengan hanya rawatan terapi menggunakan Pro Nature selama 20 minit sebelum tidur setiap hari, badan yang letih dan urat saraf yang tegang akan menjadi lebih tenang, selaras dan cergas apabila kita bangun tidur di waktu pagi. Ia membantu meningkatkan daya ketahanan badan dan membantu meningkatkan imun di dalam badan.
            Mesin terapi Pro Nature boleh digunakan oleh pelbagai golongan sama ada kanak-kanak kecil sehingga warga emas. Mempunyai fungsi-fungsinya tersendiri yang boleh digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit kronik seperti rawatan medan elektrik (Electrical Potential), tenaga gelombang ringan (Optical Therapy@ Light Wave Energy), bertungku secara moden (Heat Therapy) dan Leading prong atau lebih dikenali sebagai magic pen yang boleh digunakan untuk merawat sakit setempat yang berkaitan dengan saraf.

No comments:

Post a Comment